Connect with us

Oh! Media

Pelajar Universiti Berusia 19 Tahun Juara Pidato Umum Antarabangsa

Umum

Pelajar Universiti Berusia 19 Tahun Juara Pidato Umum Antarabangsa

Penuntut dari Universiti Multimedia Kampus Melaka (MMU), Pavit Coran muncul juara dalam pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara virtual pada jumaat lalu sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

ADVERTISEMENT

Pavit yang berusia 19 tahun mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan 35 lagi peserta dari 33 negara pada final.

Selama lima minit berucap, anak muda Malaysia itu berpidato berkenaan peningkatan jumlah mereka yang mengalami kemurungan di seluruh dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu tersebut.

Beliau yang memenangi pertandingan itu bagaimanapun menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana tidak mempercayai mampu mengalahkan pesaing-pesaing yang lain sebelum diumumkan sebagai juara.

Menurut Pavit, walaupun bertanding secara maya, sekurang-kurangnya beliau dapat menambah pengalaman baharu.

Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet.

Berdasarkan rekod, ini adalah kali kedua Malaysia memenangi anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan pada 2011.

Bagaimanapun, Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah berasa berbangga ke atas kejayaan Pavit dan bersetuju bahawa anak muda berbakat itu berhak untuk dinobatkan sebagai juara selain turut menyatakan kemenangan ini adalah untuk Malaysia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas