Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tingkatan Tiga Dilarikan Dua Lelaki Semasa Menunggu Van Sekolah

Screen2bshot2b2016 09 222bat2b120332bpmpng

Umum

Pelajar Tingkatan Tiga Dilarikan Dua Lelaki Semasa Menunggu Van Sekolah

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah.

Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa. “Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah.

IKLAN

Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

“Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,” kataya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas