Connect with us

Oh! Media

“Pekerja Bangladesh lebih setia dan amanah” – Zahid Hamidi

Ohmedia pekerja bangla lebih setiajpg

Oh! Negara

“Pekerja Bangladesh lebih setia dan amanah” – Zahid Hamidi

 

Malaysia memilih membawa masuk pekerja Bangladesh adalah kerana mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjawab kebimbangan susulan rancangan Putrajaya membawa 1.5 juta pekerja dari negara tersebut dalam tempoh 3 tahun, keputusan tersebut mengundang banyak kritikan khususnya daripada kesatuan kerja.

IKLAN

“Tanpa prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh adalah lebih baik, lebih amanah berbanding pekerja lain.

“Dan kita dapati, mereka lebih amanah berbanding pekerja asing lain, kalau jaga kaunter mereka lebih amanah. Mereka (majikan) yang minta, bukan KDN,” katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menjelaskan pekerja asing tersebut masih belum dibawa masuk lagi ke negara ini kerana masih tiada perjanjian yang dimeterai.

Menurutnya, cadangan tersebut meletakkan syarat supaya majikan membuat permohonan dalam talian, mengikut keperluan semasa.

Pekerja-pekerja ini akan dilatih terlebih dahulu dan diberikan latihan komunikasi rentas budaya di Bangladesh sebelum dibawa ke Malaysia bagi memastikan mereka memahami adat dan gaya hidup tempatan.

Langkah permohonan dalam talian dibuat bagi memastikan proses membawa masuk pekerja tersebut lebih jelas dan mengelak pembaziran.

“Kami sedang memastikan perkara ini supaya tidak berulang lagi,” katanya. – 4 November, 2015.

Sumber : Malaysian Insider

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas