Connect with us

Oh! Media

Pekerja Bangladesh Hidup Dengan RM35 Sahaja Sebulan

Umum

Pekerja Bangladesh Hidup Dengan RM35 Sahaja Sebulan

Hidup dengan hanya menggunakan RM35 sebulan? Mungkin ia nampak macam mustahil tapi sebenarnya, itu lah realiti bagi seorang pekerja Bangladesh ini yang hanya membelanjakan RM35 sahaja untuk membeli barang dapur setiap bulan. 

“Dua hari lepas saya pergi basuh kereta. Lepas selesai cuci kereta, pekerja Bangladesh ini buka pintu kabinet di tepi kedai. Saya ingat dia nak ambil sabun atau kain lap, tiba-tiba saya terbau masakan. Rupa-rupanya pekerja Bangladesh tadi sedang memasak. Perghh kagum beb! Berbekalkan dapur gas portable, sayur kangkung, udang dan nasi putih, pekerja ini cuma memerlukan RM35 sebulan untuk makan tengah harinya (ya saya tanya pada beliau). Gaji perkeja ini sebulan RM1300. Penginapan percuma kerana asrama disediakan. Bil api, air dan elektrik juga ditanggung majikan. Hujung minggu paling jauh kalau berjalan ke Kuala Lumpur sahaja. Betullah, satu hari nanti mereka ini akan lebih kaya dari penduduk Malaysia.

Mulai hari ini aku berazam, akan bawa bekal setiap kali ke tempat kerja.
Telur rebus, budu, cili api, nasi putih dan kicap.

*selain ingin berjuang menuntut perubahan, survivaliti juga penting”

+ Perkongsian oleh Arif Nasir

OHMEDIA: KITA AKAN LEBIH PANDAI BERJIMAT JIKA MERANTAU BERBANDING BILA TINGGAL DI NEGARA SENDIRI. 

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top