Connect with us

Oh! Media

Peguam Pemaju Upah RM150,000 Ceroboh Kuil?

Umum

Peguam Pemaju Upah RM150,000 Ceroboh Kuil?

Berikutan dengan insiden dan rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tempoh hari, pihak polis telah menyiasat dan mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd telah memberi upah sebanyak RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh dan mengambil alih kuil berkenaan.

ADVERTISEMENT

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.

“Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian.

“Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada wang upah berkenaan diberi oleh pemaju, Muhyiddin berkata pihaknya kita tidak menolak kemungkinan itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas