Connect with us

Oh! Media

Pedal Kokpit Terputus Jadi Punca Helikopter Pemilik LCFC Terhempas

Umum

Pedal Kokpit Terputus Jadi Punca Helikopter Pemilik LCFC Terhempas

Berikutan nahas helikopter yang mengorbankan pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha pada 28 Oktober lalu, menurut hasil siasatan kerajaan Britain mengesahkan pedal kokpit yang terputus adalah punca nahas helikopter.

ADVERTISEMENT

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) berkata, beberapa pedal kokpit terputus daripada rotor di ekor helikopter itu, menyebabkan ia hilang kawalan dan terhempas sejurus selepas meninggalkan stadium.

“Helikopter berkenaan hilang kawalan akibat alat kawalan rotor terputus.

Pesawat berkenaan mula berpusing ke bahagian kanan sebelum terhempas,” kata laporan setebal lapan muka surat itu.

Menurut AAIB, mereka sedang menyiasat dengan lebih terperinci untuk melihat punca kerosakan.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas