Connect with us

Oh! Media

PDRM Kongsi Bahaya Yang Boleh Timbul Bila Bergambar Dengan Peace Sign, Cap Jari Boleh Ditiru?

Ohmedia2bpeace2bsignpng

Umum

PDRM Kongsi Bahaya Yang Boleh Timbul Bila Bergambar Dengan Peace Sign, Cap Jari Boleh Ditiru?

Baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia melalui posting mereka di Facebook telah mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati bergaya dengan menunjukkan ‘PEACE SIGN’ sewaktu mengambil gambar.

Ohmedia faham, memang sudah menjadi kebiasaan kita semua tunjuk tanda peace ni masa ambil gambar kan? Tapi dari apa yang dijelaskan oleh PDRM ni, sangat menyeramkan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.

Ini perkongsian dari PDRM:

Anda suka membuat ‘peace sign’ ketika bergambar? Fikir semula selepas ini kerana aksi tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri oleh penggodam!

IKLAN

Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.

Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.

Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.

Kesimpulannya, biarpun sistem biometrik yang menggunakan pengesanan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat, pengguna tetap perlu sentiasa berhati-hati.

Ini kerana, kehebatan penggodam era kini dalam bidang teknologi, sentiasa melihat peluang yang dicipta oleh pengguna (tanpa mereka sedari) untuk mencuri segala maklumat demi kepentingan mereka.




Sumber PDRM: ALPHR

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas