Connect with us

Oh! Media

Pasukan Penyelamat Sudah Mula Menjumpai Serpihan Pesawat

Umum

Pasukan Penyelamat Sudah Mula Menjumpai Serpihan Pesawat

Berikutan dengan terhempasnya pesawat Lion Air awal pagi tadi, pasukan penyelamat Indonesia telah mula dan berjaya menemui serpihan pesawat serta barangan peribadi penumpang.

ADVERTISEMENT

Turut dimaklumkan bahawa juruterbang pesawat sempat meminta kebenaran untuk berpatah balik sebelum terputus hubungan.

Pasukan penyelamat masih berusaha untuk mencari badan utama pesawat setelah hanya menemui serpihan dan bahagian pesawat yang terapung di Laut Jawa setakat ini.

Penyelaras Pencarian Lapangan dari Tanjung Priok, Kesatuan Penjagaan Laut dan Pantai (KPLP) dikenali Harto berkata, objek ditemui termasuk beg, dompet dan cebisan tubuh.

“Kami menemuinya dalam bentuk sampah namun sebaik kami mendekatinya, ada banyak beg seperti itu dan ia sebenarnya bukan setakat timbunan tetapi cebisan tubuh,” kata Harto.

Berdasarkan pemerhatian Kompas.com, beberapa beg ditemui pegawai musnah. Namun begitu, pegawai menemui sebuah beg mudah alih yang masih utuh. Sebuah dompet ditemui dalam beg dan mengandungi kad pengenalan pemilik bersama wang tunai Rp1.66 juta (RM455.91).

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas