Connect with us

Oh! Media

“Pasukan Lain Hanya Mampu Rebut Tempat Kedua” – Shebby Singh Ramal JDT Kekal Juara

Umum

“Pasukan Lain Hanya Mampu Rebut Tempat Kedua” – Shebby Singh Ramal JDT Kekal Juara

Bekas pemain kebangsaan, Shebby Singh menganggap pasukan lain dalam Liga Super hanya mampu merebut tempat kedua dalam liga tersebut memandangkan gelaran juara akan terus kekal milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, Shebby atau nama sebenarnya Serbegeth Singh juga menegaskan bahawa walaupun persembahan JDT tanpak tidak terlalu cemerlang setakat ini, namun skuad Harimau Selatan itu masih mampu untuk kekal berada di persada liga.

Pasukan teratas yang mampu memberikan ancaman kepada JDT seperti Terengganu FC (TFC), Kedah Darul Aman (KDA) dan Penang FC mempamerkan aksi yang tidak konsisten selain turut melepaskan peluang keemasan untuk memintas JDT di persada liga.

JDT akan kekal juara kerana pasukan lain tidak konsisten. Walaupun ada masa JDT main tak berapa bagus macam sebelum ini kalah dengan TFC, namun selepas itu TFC pula kalah dengan Penang.

Sama seperti Kedah (KDA) sebelum ini apabila lawan JDT di tempat sendiri, kalau mereka menang hari itu sudah boleh rapatkan mata dan pasukan JDT akan berdepan tekanan. Namun perkara itu tidak berlaku.

Beliau juga turut berkata bahawa pasukan lain jika tidak mempamerkan aksi yang tidak konsisten, maka mereka hanya akan berebut tempat kedua sahaja.

Namun, Serbegeth Singh juga turut mengakui bahawa JDT juga kurang konsisten yang mana mereka tidak menunjukkan aksi yang sebenar pada tahap paling tinggi selepas 13 perlawanan.

Perkataan tidak konsisten ini pada JDT pun kena juga. Secara keseluruhan Liga Malaysia musim ini tidak konsisten dari segi persembahan pasukan menyebabkan nampak ada persaingan.

JDT kekal di persada liga dengan mengumpulkan sebanyak 30 Mata selepas 13 perlawanan diikuti TFC dan Kedah di tempat kedua dan ketiga dengan mengumpul 27 mata dan 26 mata.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas