Connect with us

Oh! Media

Pasti Ramai Yang Gila Bila Lihat Koleksi Emas Honda Sempena Ulang Tahun Ke-50

Umum

Pasti Ramai Yang Gila Bila Lihat Koleksi Emas Honda Sempena Ulang Tahun Ke-50

Peminat Honda pasti tidak dapat mengelipkan mata apabila Honda Motor Corporation akan memperkenalkan koleksi khas untuk pelbagai jenis automotif dan peralatan elektrik mereka dengan bertemakan warna emas. Ini bersempena dengan sambutan 50 tahun jenama itu di Australia apabila mula membuka cawangan pertama mereka di sana pada tahun 1969.

ADVERTISEMENT

Antara yang menarik minat kami adalah Honda Civic Type R dan Honda HSX yang dilihat begitu meliurkan dengan salutan warna emas di keseluruhan badan jentera. Bukan hanya kereta, barisan produk superbike milik Honda seperti CBR1000RR Fireblade, CRF450L dan CRF50F Kids Fun juga turut serta dalam edisi ini.

Kemasan emas yang diperkenalkan bagi edisi ini pasti akan menjadi rebutan ramai peminat kerana ia dilihat begitu eksklusif dan mewah.

Untuk pengetahuan korang, edisi emas ini dikeluarkan oleh Vinyl Wraps & Graphics, sebuah syarikat kemasan kenderaan terkenal di Australia. Malangnya, kesemua model dalam koleksi ini adalah bukan untuk dijual dan hanya one off production sahaja.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas