Connect with us

Oh! Media

Paskal The Movie Sumbang RM100,000 Kepada TLDM

Umum

Paskal The Movie Sumbang RM100,000 Kepada TLDM

Filem PASKAL The Movie yang telah berjaya mencipta sejarah tersendiri kini menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan TLDM bagi menghargai Tentera Laut Diraja Malaysia.

ADVERTISEMENT

Sumbangan itu diserahkan bersempena Malam Penghargaan Paskal yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam tadi.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee kepada Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Adrian Teh berkata, “Sumbangan ini disalurkan sebagai tanda terima kasih Paskal The Movie kepada TLDM yang memberikan sokongan penuh sepanjang penggambaran filem ini dijalankan.

“Ia juga sebagai satu tanda penghargaan kerana memberikan kepercayaan kepada kami menghasilkan filem penuh aksi ini.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan kebajikan anggota TLDM serta keluarga mereka yang memerlukan,” katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas