Connect with us

Oh! Media

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung Gara-Gara Bunuh Anak Lima Tahun

Umum

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung Gara-Gara Bunuh Anak Lima Tahun

ADVERTISEMENT


Sungguh kejam dan tidak mempunyai hati!  Pasangan kekasih didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan terhadap anak wanita tersebut berusia 5 tahun yang terjadi pada enam tahun lalu. Pada hari ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan mereka akan menjalani hukuman gantung sehingga mati pada hari ini.

Kamu akan digantung di leher sehingga mati. -kata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhkan hukuman tersebut kepada T Gayathry yang berusia 36 tahun dan pasangannya, R Saravanan yang berusia 30 tahun di akhir kes pembelaan.

Walaubagaimanapun, mahkamah berasa puas hati dengan keputusan itu kerana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terhadap kedua-dua tertuduh dengan kes melampaui keraguan muhasabah.

Selepas mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh. Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Oleh itu mahkamah ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati.

Kedua-dua suspek kelihatan tenang semasa mereka berdiri di kandang tetapi Gayathry dilihat mengesat air matanya. Peguam bagi pihak mereka akan melakukan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Untuk pengetahuan, kejadian kekejaman ini telah berlaku di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah pada pukul 8 hingga 11.25 pagi diantara 20 hingga 29 September 2014 dan mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada hukuman mati mandatori.

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. KESIAN BUDAK TU.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas