Connect with us

Oh! Media

Pas Pengangkutan Hanya Untuk Rakyat Malaysia yang Memiliki MyKad dan MyTentera

Image2b252862529jpg

Oh! Lifestyle

Pas Pengangkutan Hanya Untuk Rakyat Malaysia yang Memiliki MyKad dan MyTentera

Kementerian Pengangkutan menetapkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi perkhidmatan rel di ibu negara dan bas RapidKL hanya boleh didaftarkan menggunakan MyKad dan MyTentera.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata peraturan itu bertujuan mengelak warga asing menikmati keistimewaan yang hanya diberikan kepada warganegara Malaysia.

Katanya, pas bulanan itu akan dilancarkan pada 1 Disember ini dan kementeriannya menyasarkan lebih 200,000 pengguna akan mendaftar perkhidmatan itu.

IKLAN

“Pengguna hanya perlu daftar butiran diri untuk pas bulanan ini dalam MyKad dan tidak perlu membeli kad lain. Hanya daftar sekali saja. Kemudian untuk tambah nilai hanya guna MyKad. Tidak perlu kad baharu.

“Kita tidak guna kad selain MyKad kerana skim ini hanya untuk rakyat Malaysia saja dan memastikan warganegara mendapat manfaat.

“Saya harap ia (jual) tidak berlaku kerana MyKad adalah aset penting kita sebagai warganegara dan gunakan sebaiknya,” katanya pada sidang media selepas melawat jajaran bas rapid transit (BRT) Sunway di Kompleks BRT Sunway, hari ini.

Dengan penurunan kadar tambang itu, pengguna hanya perlu membayar tambang minimum RM1.30 berbanding RM1.60 sebelum diskaun dan maksimum RM4.30 berbanding RM5.40, bergantung kepada tujuh destinasi pilihan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas