Connect with us

Oh! Media

Wow!! Terkejut Tengok Parkson Sunway Pyramid Yang Berwajah Baru Ni. Style gila!

Branded

Wow!! Terkejut Tengok Parkson Sunway Pyramid Yang Berwajah Baru Ni. Style gila!

Semalam masa Ohmedia pergi Sunway Pyramid, dari jauh dah nampak satu port yang cun ni. Bila makin dekat rupanya PARKSON guys!! Terkejut dibuatnya bila tengok Parkson yang kini dah berwajah baru bagai dilahirkan semula. So far tak jumpa lagi tempat lain yang cantik macam ni. Korang rasa? Memang makin bertambah mood kitorang nak bershopping kalau macam ni rupanya. Dah tu makin banyak pulak jenama eksklusif dan popular kat dalam Parkson ni.

Korang tengok je la lampu yang Parkson gunakan. Serius kami teruja tengok lampu-lampu yang digunakan sebab dari jauh dah bersilau dan menarik perhatian. Memang confirm naikkan semangat sesiapa sahaja yang nak shopping kalau masuk sini. Itu bahagian Ladies & Men’s di level LG1. Kat bawah ni pula kat bahagian Home & Kids di level LG2.

Amacam? Mengancam kan? Memang betul-betul tersusun kemas, rapi, dan nampak sangat ‘clean’.  Ni kalau budak-budak dah masuk sini, confirm taknak keluar. Itu belum cerita mak budak punya perangai lagi tu kalau dah sampai sini. Haha. Korang teruskan je scroll ke bawah baca artikel ni nanti Ohmedia akan share banyak gambar lagi.

Parkson kini juga mempunyai bahagian istimewa iaitu “Denim Studio” yang hanya menjual produk Denim secara eksklusif. Memang rambang mata nak pilih sebab banyak sangat dan semuanya cantik-cantik belaka.

Tapi seriuslah korang memang kena datang dan tengok sendiri sebab bukan rupa dia je yang dah makin style dan trendy, rupanya kitorang baru tahu sempena dengan wajah baru Parkson Sunway Pyramid ni, ada banyak aktiviti yang mereka akan buat dari sekarang sampailah 16 Disember 2018 nanti.

Apa Yang Menarik?

Ni antara yang menarik sempat Ohmedia take note masa kat sana so korang boleh plan bila nak datang shopping kat Parkson Sunway Pyramid ni.

1. Students Special. Kalau korang adalah student, datang ke Parkson Sunway Pyramid dari 30 November ke atas untuk dapatkan baucer RM10 Parkson secara percuma. Caranya cuma tunjuk Student ID korang di kaunter khidmat pelanggan Parkson. Tapi ingat, hanya untuk 300 pelajar pertama sahaja sementara stok masih ada. So cepat-cepat jadi yang terawal ok!

2. Exclusive Early Bird Special. Pelanggan terawal yang datang ke kaunter penebusan dan menunjukkan Kad Parkson akan menerima baucer RM50. Ini pun sama hanya untuk 300 orang yang terawal sahaja sementara stok masih ada.

3. Happy Hour Promotion untuk pelbagai jenama yang terpilih pada tarikh 30 November, 1, 2, 7, 8, 9, 14, 15, dan 16 Disember 2018 nanti sementara stok masih ada. Pastikan korang ada pada tarikh-tarikh ni untuk grab segala yang ada.

4. KICKERS akan bagi percuma servis Emboss dari 30 November hingga 2 Disember 2018 ini dengan setiap pembelian produk KICKERS yang terpilih.

5. OR TEA akan bagi minuman percuma (test drink) di kaunter mereka pada 30 November 2018 (dari 5 petang hingga 9 malam) manakala pada 1 dan 2 Disember 2018 ini, ada 2 session iaitu dari jam 12 tengahari hingga 2 petang dan seterusnya bersambung jam 3 hingga 5 petang. So ni masa yang sesuai la untuk korang merasa OR TEA ni.

Info lanjut untuk apa yang menarik ini di sini.

Paling Istimewa Sempena Pembukaan Semula Parkson Sunway Pyramid.

Untuk pembukaan Parkson yang dilahirkan semula ni juga, untuk satu resit bagi pembelian barangan GUESS sehingga RM600 dan ke atas, korang layak untuk dapat beg GUESS percuma! Terhad 1 unit sahaja untuk seorang pelanggan tau pada 30 November 2018 ni.

Bagi pembelian RM400 dan ke atas di dalam gabungan 2 resit pula, korang terus layak untuk dapatkan hadiah eksklusif iaitu Duffle Bag (dari 30 November hingga 2 Disember 2018), Hair Dryer (pada 7, 8, dan 9 Disember 2018), dan juga Power Bank (dari 14 hingga 16 Disember 2018) sementara stok masih ada.

Tak cukup dengan itu, korang yang ada kad BONUSLINK, ni masa untuk korang guna sepenuhnya sebab apa sahaja yang korang beli kat Parkson daripada 30 November hingga 2 Disember 2018 membolehkan korang dapat 5X lebih ganjaran lebih dari biasa dengan Kad Bonuslink.

Ada Super Value Deals Setiap Minggu!

Selama 3 minggu ianya berlangsung, jangan lupa take note dengan Weekly Super Value Deals yang ditawarkan Parkson ni. Cuma belanja RM180 (atau RM150 untuk Parkson Card Members) dalam 1 resit, korang layak untuk beli barang-barang berikut pada harga yang cukup murah!

So guys, bukan selalu peluang nak dapat macam-macam ni datang kan? So apa lagi, ajak member-member dan family korang semua datang shopping sakan hujung tahun ni kat Parkson Sunway Pyramid sebab bagi Ohmedia, ye la dari korang shopping tempat lain tak dapat apa-apa yang menarik macam ni, better korang plan shopping kat sini je nanti.

Oh ya, semua promosi macam biasalah tertakluk kepada terma dan syarat. Nak tahu lebih lanjut, ada baiknya korang tengok sendiri kat website Parkson (www.parkson.com.my). Nak lagi senang, korang masuk ke Facebook & Instagram Parkson di www.facebook.com/parkson dan www.instagram.com/parksonmalaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas