Connect with us

Oh! Media

Tidak Pernah Berlaku! Bagaimana Iklan Aplikasi Pelacuran Ini Boleh Diluluskan?

Umum

Tidak Pernah Berlaku! Bagaimana Iklan Aplikasi Pelacuran Ini Boleh Diluluskan?

Satu persoalan. Korang pernah nampak iklan pelacuran ditayangkan secara terbuka dekat Malaysia tak? Haa, mulai hari ini korang akan nampak iklan ni, terutama yang duduk di sekitar Kuala Lumpur. Ohmedia rasa inilah kali pertama ia berlaku dan gambar iklan ini mula tersebar di media sosial dari perkongsian seorang pengguna Facebook.

ADVERTISEMENT

Jika selama ini mereka hanya mengiklankan servis mereka di laman-laman tertentu, nampaknya sekarang mereka sudah berani untuk melakukannya secara terbuka di sebuah negara Islam.

Servis mereka kebiasaannya melibatkan gadis atau pemuda yang akan menerima hadiah atau wang dari clientnya untuk menemani atau melayan apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan. Client mereka kebiasaannya melibatkan mereka yang kaya atau orang kenamaan dan pelajar kolej atau individu yang menganggur pula akan menjalankan servis ini.

Dalam perkongsian individu bernama Adam Tuan Mukriz di laman Facebooknya, menunjukkan papan iklan aplikasi khidmat pelacuran ini diletakkan di kawasan Bangsar dan Sri Hartamas.

Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan kerana ia akan menggalakkan lagi anak muda untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk mencari duit poket sehingga sanggup melacurkan diri untuk sugar daddy dan sugar mommy.

Menurut kemaskini dari Adam yang mendapat maklumbalas dari netizen yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan, iklan-iklan elektronik seperti yang dipaparkan di dalam foto terbabit TIDAK memerlukan lampu hijau DBKL. Hanya iklan-iklan produk kesihatan sahaja yang perlu mendapat kelulusan, katanya.

Jika perkara ini benar, diharapkan pihak berwajib untuk mengambil tindakan dan menyusun semula peraturan untuk sebarang pengiklnan macam ini. Jika tidak, iklan apa pula lepas ni?

Sumber: Adam Tuan Mukriz

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas