Connect with us

Oh! Media

Padang Sekolah Bantu MU Menang Besar

mu2bvs2btranmerepng

Umum

Padang Sekolah Bantu MU Menang Besar

Manchester United berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA Inggeris selepas menewaskan Tranmere Rovers 6-0 di tempat lawan. Walaupun beraksi di permukaan padang yang kurang memuaskan, ianya tidak menjadi penghalang untuk MU mendominasi perlawanan dan buktinya MU hanya perlukan 6 minit untuk menjaringkan 3 gol.


IKLAN

Pertahanan termahal dunia, Harry Maguire membuka tirai jaringan MU hasil rembatan padu pada minit ke-10 sebelum Diogo Dalot dan Jesse Lingard menambah gol pada minit ke-13 dan 16. Ohmedia tengok MU lagi power bermain di padang lecak berbanding di Old Trafford. Apa guna padang cantik tapi asyik kalah je kan!


Berbaki 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama menyaksikan MU menambah lagi 2 gol menerusi Phil Jones dan Anthony Martial, masing-masing pada minit ke 41 dan 45. Mason Greenwood melengkapkan hari gemilang MU setelah menjaringkan gol ke-6 menerusi sepakan penalti pada minit ke-56. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada MU, semoga kekal konsisten untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan seterusnya especially di saingan Liga Perdana Inggeris selepas ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas