Connect with us

Oh! Media

P Ramlee Singapura Meninggal Dunia

Umum

P Ramlee Singapura Meninggal Dunia

P Ramlee Singapura, Shafiie Hamzah bersama seniman Aziz Sattar.

SINGAPURA: ‘P Ramlee Singapura’, yang nama sebenarnya Shafiie Hamzah, meninggal dunia malam ini tadi (Rabu) setelah menderita penyakit barah pundi kencing tahap lanjut.

ADVERTISEMENT

Allahyarham, yang popular kerana penampilannya dan gaya rambutnya seiras dengan seniman lagenda Tan Sri P Ramlee, selama ini menghiburkan para penonton dengan gaya dan nyanyiannya yang serupa dengan seniman legenda itu.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia sekitar 43 tahun, iaitu hampir serupa dengan usia Tan Sri P Ramlee, yang meninggal dunia pada usia 44 tahun.

Jenazah beliau sudah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Tampines dan upacara pengkebumiannya dijadual dilangsungkan selepas solat zohor nanti (Khamis). Laman Facebook Allahyarham dan isterinya, Eza Belle, dibanjiri dengan ucapan takziah oleh para peminat selepas 10.00 malam tadi.

Allahyarham bersama Sanisah Huri.

Salah seorang peminatnya menyifatkan Allahyarham begini: “Arwahnya seorang yang sangat peramah dan merendah diri”. Pengguna Facebook, Khairul A Aron, menulis: ” Semoga rohnya diadakan dalam golongan yang beriman. Antara penghibur yang terbaik. Salute to you bro. Saya masih ingat lagi semasa Allahyarham membuat persembahan, beliau melihat saya dari jauh dan beliau melambai pada saya.”

P Ramlee Singapura itu dipercayai kali terakhir membuat persembahan pada 16 Ogos, jika akaun Facebook P Ramlee Singapura dijadikan sandaran, di mana beliau menyanyi sambil duduk di atas kerusi.

Pada 8 Mei lalu, Allahyarham memuat naik gambar surat daripada Pusat Barah Kebangsaan Singapura yang mengesahkan penyakitnya itu, sambil menulis beliau tidak lagi dibenarkan bekerja.

Surat doktor itu bertarikh 28 Januari 2015 itu menyatakan penyakit barah yang dihidapinya itu tidak dapat disembuhkan dan beliau kini menjalani rawatan kemoterapi menerusi titisan intravena setiap minggu yang memberi kesan sampingan yang besar, justeru Allahyarham tidak lagi dapat bekerja.

Pada 17 Julai lalu pula, Allahyarham menulis di Facebook bahawa beliau hampir dua minggu dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH). “Sekarang ini lagi menunggu kedatangan isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain datang ke sini untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama dengan Abg Ramlee,” ujarnya. – BERITAMediaCorp/nd

Takziah kepada keluarga arwah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dengan doa semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: MediaCorp News Group

Minat Main Dam Haji dan Congkak?

Soalan cepu emas sempena bulan Kemerdekaan ni, antara dua permainan tradisi kita yang tak banyak guna tenaga tapi guna…

Posted by Oh! Media on Wednesday, August 26, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas