Connect with us

Orang Yang Dihalau Dari Kolam Kautsar Rasulullah SAW

Umum

Orang Yang Dihalau Dari Kolam Kautsar Rasulullah SAW

Soalan:
Di akhirat nanti semua umat Nabi saw akan dipanggil oleh Nabi saw ke kolam kautsarnya sebelum masuk ke dalam syurga tetapi ada sebahagian umat Nabi yang dihalau tidak dibenarkan minum pada kolam tersebut. Siapakah mereka ini?

Jawapan:
Diriwayatkan daripada Sahal bin Sa’ad r.a katanya Nabi saw telah bersabda:

 إِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ مَنْ مَرَّ عَلَيَّ شَرِبَ ، وَمَنْ شَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا ، لَيَرِدَنَّ عَلَيَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي ، ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ ، فَأَقُولُ : إِنَّهُمْ مِنِّي ، فَيُقَالُ : إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ ، فَأَقُولُ : سُحْقًا ، سُحْقًا ، لِمَنْ غَيَّرَ بَعْدِي
Sungguhnya aku akan menunggu kamu sekalian di kolam Kautsar. Barangsiapa yang datang padaku akan minum, dan siapa yang minum nescaya tidak akan dahaga selama-lamanya. Sungguh akan datang atasku beberapa kaum yang aku kenali mereka dan mereka mengenaliku kemudian dihalang antaraku dan antara mereka. Maka kataku: “Sungguhnya mereka itu dari umatku.” Lalu dikatakan: “Sungguhnya kamu tidak tahu apa yang telah mereka perbuat kemudian dari ketiadaanmu.” Lalu aku berkata: “Pergi dari sini. Pergi dari sini bagi barangsiapa yang membuat perubahan selepas ketiadaanku.” (Hadith Bukhari & Muslim)

Dan pada riwayat Abu Hurairah r.a:

فَيُقَالُ : إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ . فَأَقُولُ : سُحْقًا سُحْقًا )
Maka dikatakan: “Sungguhnya mereka telah menggantikan syariatmu kemudian dari ketiadaanmu.” Maka aku berkata: “Pergi! Pergi dari sini.” (Hadith Muslim)

Jwapan siapakah orang-orang dari umat Nabi yang dihalau tidak dibenarkan minum pada kolam Kautsarnya ada tersebut pada kitab Az-Tazkirah Al-Qurtubi.

Berkata Imam Qurtubi :

قال علماؤنا رحمة الله عليهم أجمعين : فكلُّ مَن ارتد عن دين الله ، أو أحدث فيه ما لا يرضاه الله ، ولم يأذن به الله : فهو من المطرودين عن الحوض ، المبعدين عنه ، وأشدهم طرداً : مَن خالف جماعة المسلمين ، وفارق سبيلهم ، كالخوارج على اختلاف فرقها ، والروافض على تباين ضلالها ، والمعتزلة على أصناف أهوائها ، فهؤلاء كلهم مبدِّلون ، وكذلك الظلمة المسرفون في الجور ، والظلم ، وتطميس الحق ، وقتل أهله ، وإذلالهم ، والمعلنون بالكبائر ، المستخفون بالمعاصي ، وجماعة أهل الزيغ ، والأهواء ، والبدع .

ثم البعد قد يكون في حال ، ويقربون بعد المغفرة إن كان التبديل في الأعمال ، ولم يكن في العقائد ، وعلى هذا التقدير يكون نور الوضوء ، يُعرفون به ، ثم يقال لهم ( سحقاً ) ، وإن كانوا من المنافقين الذين كانوا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم يُظهرون الإيمان ، ويُسرون الكفر : فيأخذهم بالظاهر ، ثم يكشف له الغطاء فيقول لهم : ( سحقاً سحقاً ) ، ولا يخلد في النار إلا كافر ، جاحد ، مبطل ، ليس في قلبه مثقال حبة من خردل من إيمان .

“التذكرة في أحوال الموتى والدار الآخرة ” ( ص 352 )

Telah Berkata ulama-ulama kami rahimahumullah: “Maka setiap orang yang murtad dari agama Allah atau mengadakan pada agama hukum yang tidak diredhai olih Allah dan tidak mengizinkannya oleh Allah maka ialah segala orang yang dihalau dan dijauhkan dari kolam Kautsar.

Terlebih sangat mereka itu ialah golongan yang menentang jemaah Islam dan berpisah dari kaum muslimin seperti kaum khawarij dari pelbagai puak dan syiah rafidhi yang sesat dan muktazilah pengikut hawa nafsu maka sekelian mereka ini adalah orang yang telah membuat pengubahan.

Dan begitu juga orang yang zalim yang melampau pada kejahatan dan yang menolak kebenaran dan membunuh ahli kebenaran dan menghina mereka dan orang yang terang-terang melakukan dosa besar dan orang yang meringankan perkara maksiat dan orang-orang yang tergelincir dari agama dan ahli hawa nafsu dan ahli bidaah.

Kemudian maksud jauh dari kolam Nabi itu terkadang ialah pada satu ketika dan didekatkan kemudian dari mendapat keampunan jika adalah perubahan yang dilakukan hanya pada amalan bukan pada iktikad. Dan atas inilah takdir ada cahaya wuduk yang dikenali dengannya kemudian dikatakan: “Pergi! Pergi!”

Dan jika ada mereka itu orang munafiq yang adalah mereka itu pada zaman Nabi saw menzahirkan iman dan menyembunyikan kekafiran maka akan diambil akan mereka itu menurut apa yang zahir kemudian akan dibukakan baginya tutupan nifaq mereka itu lalu dikatakan bagi mereka: “Pergi! Pergi dari sini!”

Dan tiadalah dikekalkan di dalam neraka melainkan orang yang kafir yang ingkar yang menolak yang benar yang tiada pada hatinya seberat zarah sekalipun daripada iman.”

(Kitab Tazkirah Al-Qurtubi m.s.352)

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top