Connect with us

Oh! Media

Orang Kelantan Meriahkan Pembukaan Harvey Norman Pertama Di Pantai Timur

Branded

Orang Kelantan Meriahkan Pembukaan Harvey Norman Pertama Di Pantai Timur

Bila dengar sahaja Harvey Norman, pasti kita akan terbayang pelbagai jenis barangan seperti peralatan elektronik, barangan komputer atau gadjet, perabot dan peralatan tempat tidur yang dihimpunkan di bawah satu bumbung. Harvey Norman ini banyak kelihatan di sekitar Lembah Klang, tetapi baru-baru ini, buat pertama kalinya Harvey Norman membuka cawangan di sekitar Pantai
Timur.

Taktahu mana satu nak pilih ni

Kelantan cawangan pertama Pantai Timur?

Untuk pengetahuan korang, Harvey Norman telah memilih negeri Kelantan sebagai cawangan pertama mereka di Pantai Timur. Jadi, pada 8 November 2019 team Ohmedia sempat ke Aeon Mall Kota Bharu untuk melihat sendiri Grand Opening Harvey Norman dan ternyata sambutan di sana amat meriah memandangkan ia mula dibuka pada 25 Oktober  (soft launch).


Ruang jualan besar dan selesa

Jika dilihat dari pembukaan di Aeon Mall, Kota Bharu ni, Ohmedia boleh katakan ia antara cawangan Harvey Norman yang serba lengkap dengan ruang jualan yang besar, selesa dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik bakal menanti pengunjung.

Design pembakar roti pon lain dari lain

Penghargaan buat warga Pantai Timur

Mana tidaknya, ini merupakan cawangan ke-20 Harvey Norman di seluruh Malaysia dan dengan wujudnya cawangan mereka di sini, boleh dikatakan ia merupakan penghargaan terbesar syarikat ini untuk penduduk di sekitar pantai timur untuk mendapatkan barangan berkualiti dan berjenama tanpa perlu turun ke lembah Klang lagi.

Ayah shopping sakan ya sampai tertidur adik tu!

Apa respon pengunjung?

Ohmedia juga sempat mendapatkan respon dari pengunjung di sini yang dilihat amat menyukai apa yang disediakan Harvey Norman.

Kualiiti barang mestilah semuanya baik

Rasa macam semua nak beli

Alhamdulillah, banyak barang yang kita lihat dijual pada harga separuh harga. Baguslah, jadi kita rasa macam semua nak beli. Jadi lepas ni tak payah pergi Kuala Lumpur lagi, cukup di Kelantan – kata puan Ruslina pengunjung dari Kota Bharu.

Harga barang gila-gila jatuh

 Murah dan senang

Saya memang pernah pergi Harvey Norman, jadi bila dengar ada pembukaan dekat Kelantan, saya datang sini. Barang sempena pembukaan memang murah dan senang bila semua barang kita boleh dapat di dalam satu tempat – kata encik Zahir pengunjung dari Terengganu.

Perh! beribu jugak dapat jimat


Harga runtuh

Paling best dekat Harvey Norman ni, setiap minggu dia akan adakan promosi bagi barang terpilih dan setiap minggu juga barang-barang ini akan bertukar. Jadi korang bolehlah pergi Harvey Norman setiap minggu dan Ohmedia jamin, korang takkan rugi sebab barang yang korang nak tu, dijual pada harga runtuh. Ohmedia tengok hari tu, kebanyakan barang memang lebih murah dari orang yang jual secara online.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Harvey Norman, Katie Page dan Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss

Tawaran hebat menanti

Kami membawa tawaran terhebat untuk pelbagai produk. Pelanggan boleh membeli-belah di stor kami dengan penuh keyakinan dengan polisi pertukaran dan bayaran balik, tempahan produk, servis penghantaran segera dan Product Care – ujar Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss.

Rasa nak tidur je duduk atas ni

Cawangan Harvey Norman ke-21?

Apa lagi agaknya kejutan dari Harvey Norman lepas ni? Aha, kalau korang nak tahu, untuk cawangan ke-21 mereka, Harvey Norman telah memilih beberapa kawasan lain seperti Johor Bharu, Ipoh dan Batu Kawan. Tapi apa yang Ohmedia dengar, cawangan Harvey Norman yang ke-21 tu adalah Johor Bharu. Jadi orang Johor semua boleh siap sedia ok! Jangan beli barang dekat tempat-tempat lain dulu, rugi nanti! Tunggu Harvey Norman Johor buka ok! Hehe.

Tengok sikit pun dah terliur

Segala jenis tablet ada dekat sini
Selesa ya dik duduk atas sofa tu
Shopping sakan ya makcik, hehe!

Seller pun semuanya peramah

Warna-warni betul vacuumnya

Macam-macam ada weh!

Cover phone pon semua lawa-lawa

Kan dah cakap, macam-macam ada!

Sumpah best kalau shopping kat sini

Macam tak percaya, router pun ada jual dekat sini!

Dapat tidur best ni

Katil pun cantik weh!

Laptop pon ada dekat sini

Tetiba rasa macam nak tukar phone
Best gila kalau ada satu coffee maker dekat rumah!

Tolong hadam kan signboard ni!

Comel je adik ni gigit jari

Adik ni pon nak beli phone jugak 

Eh, intai apa tu dik?


Jangan lepaskan peluang keemasan ini

Jadi orang pantai timur jangan lepaskan peluang ni ok dan bawaklah mak, ayah, atuk, nenek korang sekali shopping sakan. Orang Terengganu, Pahang, Perak dan berdekatan dengan Kota Bharu tu pun janganlah segan-segan untuk berbelanja dekat sini. Tak payah turun KL lagi! Moh cepat kita ke Harvey Norman untuk dapatkan barangan berjenama pada harga yang paling terendah! Moh kite!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi terus ke Facebook Harvey Norman Malaysia untuk update segala promosi terbaru.


Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas