Connect with us

Oh! Media

Oppo R17 Hadir Dengan Model Tri-Kamera

Umum

Oppo R17 Hadir Dengan Model Tri-Kamera

Oppo Malaysia kini telah melancarkan model terbaru iaitu Oppo R17 yang dilengkapi dengan teknologi tri-kamera dan meletakkan sensor utama 12 megapiksel (MP), sensor 20MP untuk kesan bokeh dan sensor Time-of-Flight (ToF) untuk pengimejan tiga dimensi (3D) yang lebih baik.

ADVERTISEMENT

Ia turut dilengkapi dengan fungsi Portrait Lighting yang membolehkan anda mengambil gambar waktu malam dengan lebih menarik dan jelas.

Pengarah Jenamanya, Nikki Chen berkata, pihaknya sentiasa menawarkan peranti yang dilengkapi dengan ciri-ciri menarik pada harga yang berpatutan.

“Kami faham bahawa mengambil gambar pada waktu malam boleh menjadi masalah dan kami ingin membantu meningkatkannya.

“Oleh itu, dengan Oppo R17 Pro, pengguna kini boleh dengan mudah mengambil gambar yang masih kelihatan hebat walaupun pada waktu malam,” katanya.

Oppo R17 Pro mula dijual pada harga RM2,699 dan boleh didapati di Konsep Stor Rasmi dan pengedar yang sah atau secara dalam talian di Lazada, 11Street dan Shopee.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas