Connect with us

Oh! Media

Oppo Perkenal K7 Dengan Cipset Snapdragon 765G

08dacb34 1f2e 435f b690 6ba52eb6ae7fjpeg

Umum

Oppo Perkenal K7 Dengan Cipset Snapdragon 765G

Oppo baru jer melancarkan smartphone terbaru mereka dibawah siri K iaitu Oppo K7 di pasaran China baru-baru ini. Semakin hari, semakin banyak smartphone yang menyokong 5G termasuklah smartphone tebaru dari Oppo ni guys. Korang rasa-rasa bila kita boleh gunakan teknologi 5G ni sepenuhnya di Malaysia.

Oppo K7 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci AMOLED FHD+ beresolusi 1080×2400 pixel dengan 60Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini ialah Snapdragon 765G dengan memori sebesar 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk bateri, Oppo K7 ni hadir dengan kapasiti 4,025mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sensor kedua + 2 megapixel untuk lens ketiga dan keempat. Untuk kamera depan pula didatangkan dengan 32 megapixel. Korang rasa smartphone ni akan masuk ke pasaran Malaysia tak? Sama-sama kita tunggu ya guys.

IKLAN

Kredit: Gadgets 360

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Oppo di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas