Connect with us

Oh! Media

Oppo Lancarkan A72 Yang Menyokong Rangkaian 5G Dengan Cipset MediaTek Dimensity 720

Ohmedia oppo a72 5g 2jpg

Umum

Oppo Lancarkan A72 Yang Menyokong Rangkaian 5G Dengan Cipset MediaTek Dimensity 720

Kalau dulu tak banyak pilihan smartphone untuk kita dapatkan di pasaran tapi zaman sekarang ni memang banyak giler brand-brand yang keluarkan smartphone dengan spec dan harga berbeza yang membolehkan korang membuat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Baru-baru ni, Oppo baru jer memperkenalkan smartphone terbaru mereka yang menyokong rangkaian 5G iaitu Oppo A72 5G.

Oppo A72 5G ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci IPS LCD bersama 90Hz refresh rate beresolusi 1080×2400 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah MediaTek Dimensity 720 5G dengan memori sebesar 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri Oppo A72 5G ni berkapasiti 4,040mAh bersama 18W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan tri kamera iaitu 16 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Korang rasa menarik tak spec yang ditawarkan pada Oppo A72 5G ni? Apapun, kita tunggu sehingga smartphone ni hadir secara rasmi di Malaysia nanti untuk tahu lebih lanjut mengenainya guys.

IKLAN

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Oppo di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas