Connect with us

Oh! Media

Oppo A92 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,199

Untitled2bdesignpng

Umum

Oppo A92 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,199

Oppo Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri A di pasaran tempatan pagi tadi iaitu Oppo A92 pada harga RM1,199 jer gais. Bagi sesiapa yang berminat dengan spesifikasi yang ditawarkan pada telefon pintar ini boleh membuat pratempahan bermula hari ini sehingga 8 Mei nanti.

Oppo A92 ini didatangkan dengan skrin 6.5 inci IPS LCD FHD+. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm SM6125 SnapDragon 665 bersama 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Model terbaru dari siri A ini didatangkan dengan bateri sebesar 5,000mAh bersama pengecasan pantas 18W menggunakan port Type-C. Apa yang menariknya, model ini masih lagi menggunakan audiojack 3.5mm gais.

Untuk kamera belakang, ia didatangkan dengan empat lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudur lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan 16 megapixel. Ianya didatangkan dengan dua pilihan warna yang sangat cantik iaitu Shining White dan Twilight Black.

IKLAN

Sumber : Oppo Malaysia

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar terbaru dari Oppo di Facebook Oh! Media.




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas