Connect with us

OnePlus 8 Dan 8 Pro Kini Di Malaysia, Bermula Dengan Harga RM2,899

Umum

OnePlus 8 Dan 8 Pro Kini Di Malaysia, Bermula Dengan Harga RM2,899

Baru-baru ini, OnePlus telah mengumumkan dua model terbaru dibawah siri OnePlus 8 di pasaran Malaysia iaitu OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro. Bagi yang variasi biasa akan dijual bermula dengan harga RM2899 dan bagi yang variasi Pro, ianya akan dijual bermula dengan harga RM3699.

OnePlus 8

One Plus 8 didatangkan dengan skrin 6.55 inci AMOLED dengan fresh rate 90Hz. Cip pemprosesannya pula dijana dengan SnapDragon 865. Memori bagi model ini hadir sehingga 12GB RAM dan mempunyai storan sehingga 256GB. Ianya didatangkan dengan bateri sebesar 4300mAh dengan pengecasan 30W dan menyokong rangkaian 5G.

Untuk kameranya pula, ia hadir dengan tiga kamera belakang dengan sensor utama 48 megapixel + kamera sudut lebar 16 megapixel + kamera makro 2 megapixel. Bagi kamera hadapan pula berlensakan 16 megapixel.

OnePlus 8 Pro

Bagi variasi Pro pula, skrinnya lebih besar dari yang variasi biasa iaitu sebesar 6.78 inci bersama fresh rate 120Hz. Ianya hadir dengan cip pemprosesan SnapDragin 865. Untuk memori, ia didatangkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB UFS 3.0. Bateri bagi Pro pula sebesar 4510mAh dengan pengecasan 30W.

Untuk kamera belakang, ianya hadir dengan empat kamera dengan seonsor utama 48 megapixel + lensa telefoto 8 megapixel + lensa sudut lebar 48 megapixel dan pengesan kedalaman 5 megapixel. Untuk kamera hadapan pula berlensakan 16 megapixel sama seperti variasi biasa juga.

Sekiranya korang berminat dengan spesifikasi dan harga yang OnePlus tawarkan pada model terbaru mereka iaitu OnePlus 8 dan One Plus 8 Pro ini, korang boleh membuat pra-tempahan di Lazada dan Shopee ya.

Sumber : OnePlus

+ Baca respon pembaca penggemar telefon pintar OnePlus di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top