Connect with us

Oh! Media

Oleh Kerana Sukar Mendengar Cakap, Seorang Bapa Bertindak Botakkan Kepala Anak Sendiri

Umum

Oleh Kerana Sukar Mendengar Cakap, Seorang Bapa Bertindak Botakkan Kepala Anak Sendiri

Semua negara ketika ini sedang berdepan dengann situasi getir pandemik COVID-19 yang memaksa kerajaan atau pemerintah melaksanakan perintah berkurung bagi membendung penularan wabak ini. Namun disebalik hal demikian kian, terdapat pelbagai kisah yang berlaku ketika tempoh berkurung yang dilaksanakan.

Kejadian ini berlaku di Filipina. Bagi membendung kedegilan anak sendiri yang suka keluar rumah sewaktu perintah berkurung, seorang bapa telah bertindak memotong rambut anaknya dengan gaya potongan yang pelik. Gambar rambut dengan gaya potongan pelik berkenaan kemudian dimuat naik oleh kakaknya di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sumber gambar dari Philnews.ph

Yang pasti, tujuan bapa berkenaan adalah bertujuan untuk membuat anak berkenaan merasa malu untuk keluar dan tetap tinggal di rumah. Menurut info di Filipina, sebanyak 2,311 kes COVID-19 di catatkan dengan 96 kematian direkodkan, manakala 50 daripadanya sudah pulih.

OHMEDIA: DEKAT MALAYSIA NI LAIN PULA CERITANYA, JENIS-JENIS BAPA BUDAK YANG DEGIL, PIHAK BERKUASA SURUH DUDUK DIAM DALAM RUMAH, MASIH LAGI NAK KELUAR LEPAK-LEPAK.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca seorang budak dibotakkan kepala oleh bapa sendiri di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top