Connect with us

Oh! Media

Ola Bola Bakal Berdepan Saman Dari Bekas Pemain Kebangsaan?

7n olabolabakalberdepan00jpg

Umum

Ola Bola Bakal Berdepan Saman Dari Bekas Pemain Kebangsaan?

KUALA LUMPUR – Disebalik kejayaan besar yang dikecapi oleh filem “Ola Bola”, kini mereka mungkin berdepan tindakan undang-undang oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan apabila mendakwa filem arahan Chui Keng Guan itu menukar fakta.

“Mana boleh fakta sejarah ditukar sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya, dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan.”

“Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya,” ujar bekas pemain kebangsaan Khalid Ali yang dipetik dari Harian Metro.

IKLAN

Khalid berkata, keputusan untuk menyaman penerbit filem itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan bekas-bekas pemain lain.

Dalam pada itu, Bernama melapor salah seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan, Hassan Sani turut mengakui terdapat beberapa fakta kejayaan yang telah diubah.

Antaranya adalah keputusan jaringan gol yang mana ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980, iaitu 2-1 dan bukannya 3-2 seperti yang dipaparkan dalam filem “Ola Bola”.

Sementara itu, penjaring gol sebenar James Wong turut berkata fakta sejarah pasukan bola sepak kebangsaan tidak boleh diubah kerana ia akan mengelirukan generasi muda. Filem terbitan Astro Shaw ini telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip lebih RM12 juta selepas 18 hari tayangannya dan dijangka akan terus meningkat berikutan ia masih ditayangkan di pawagam.

Sumber : cinema online

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas