Connect with us

Oh! Media

OK Vision Tawar Chanel Baru Dengan Slogan ‘Rajanya Sinetron’ Hanya RM20  Je!

Umum

OK Vision Tawar Chanel Baru Dengan Slogan ‘Rajanya Sinetron’ Hanya RM20  Je!

Siapa dekat sini suka tonton sinetron? Dulu selalunya, balik sekolah terus buka televisyen layan drama dari negara jiran ni. Mana taknya, sinetron ni macam tak ada penghujung.

ADVERTISEMENT

Hmm, tapi sekarang dah susah la nak cari sinetron terkini. 

Korang! Sekarang dah ada platform baru untuk menonton sinetron la. 

OK Vision menawarkan pakej RM20 SAHAJA

OK Vision, sinetron, Rajanya Sinetron

OK Vision merupakan perkhidmatan TV satelit terbaru di Malaysia yang merupakan kerjasama antara Ansat Broadcast dan syarikat  konglomerat multinasional Indonesia, MNC Group yang menawarkan sekurang-kurangnya 35 saluran yang berkualiti tinggi. 

Merangkumi saluran dari Malaysia, seperti TV3, 8TV, Suke TV, TV Alhijrah dan  RTM. Serta tak ketinggalan saluran dari luar negara seperti: Arirang,Rock Entertainment, TRT World, Cinemachi Action dan CNA.

OK Vision menawarkan saluran percuma dan berbayar. Tapi jangan risau, korang boleh menikmati saluran bagi OK Vision dengan hanya RM20 sahaja. Dan paling best, OK Vision bakal membawa lebih banyak varian sinetron Indonesia bagi peminat di Malaysia sesuai dengan slogan ‘Rajanya Sinetron’

Hmm menarik kan? Sekarang korang dah boleh layan sinetron yang terkini di OK Vision je tau. 

Tunggu apa lagi jom dapatkan pakej OK Vision dengan hanya RM 20! Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi OK Vision

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas