Connect with us

Oh! Media

Makin Tengok, Makin Terigau! 2 Drama Romantik Indonesia Ini Buat Jiwa Tak Keruan!

Drama Romantik Indonesia Terbaik Viu

Branded

Makin Tengok, Makin Terigau! 2 Drama Romantik Indonesia Ini Buat Jiwa Tak Keruan!

Siapa yang dibesarkan menonton drama sinetron atau filem Indonesia, confirm korang tahu mereka tak pernah gagal membawakan drama dan filem genre romantik yang best-best betul tak? 

Antara filem dan drama favorite kami adalah Ada Apa Dengan Cinta, Dilan 1990, Assalamualaikum Calon Imam, Star Stealer dan banyak lagilah! Semua drama dan filem ni sangat memberi kesan kepada jiwa tau. 

Untuk korang yang suka tonton drama-drama Indonesia, dan tengah mencari drama untuk binge-watch, meh sini kami nak share 2 drama WAJIB tengok yang confirm akan mengusik jiwa dan emosi korang!

Terperangkap Dalam Pilihan, Bidadari Bermata Bening Menjanjikan Plot Percintaan Terbaik!

Drama pertama yang kami nak cadangkan dekat korang adalah Bidadari Bermata Bening. Siapa yang terpaksa membuat pilihan dalam percintaan, confirm boleh relate dengan drama ni!

Bidadari Bermata Bening merupakan sebuah drama adaptasi novel terkenal karya Habiburrahman El Shirazy yang mengisahkan tentang seorang wanita cantik dan solehah bernama Ayna yang terpaksa membuat pilihan untuk kisah cintanya. 

Tampil ayu serta berkeperibadian tinggi, tak dinafikan ramai lelaki telah terpikat dengan Ayna termasuklah seorang lelaki kegilaan ramai iaitu Gus Afif. 

Pertemuan antara mereka berdua menerbitkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua.. Namun, tanpa disedari, Gus Afif bukanlah satu-satunya lelaki yang cuba untuk menangi hati Ayna yang mana terdapat dua lagi lelaki yang cuba untuk melamarnya. Kalau jadi Ayna, confirm pening kepala nak pilih!

Kalau korang nak tahu, disebabkan ketiga-tiga lelaki ni mempunyai latar belakang serta personaliti yang berbeza, Ayna meletakkan syarat mutlak yang harus mereka patuhi. . Haa, kalau macam ni barulah adil betul tak?  Tapi, apakah syarat yang diletak Ayna untuk ketiga-tiga lelaki ini? 

Korang rasa adakah Ayna akan memilih Gus Afif disebabkan pertemuan pertama mereka? Atau adakah selepas meletakkan syarat membuatkan Ayna memilih yang lain? Kalau nak tahu, korang wajib tonton siri Bidadari Bermata Bening di Viu sekarang!

Cinta Berputik Kembali, Mantan Tapi Menikah Satukan Semula Dua Insan Bercinta!

Kalau tadi kita cerita tentang kisah percintaan Ayna yang perlu memilih salah satu lamaran daripada 3 jejaka, untuk kali ni, kami nak ajak korang berfikir tentang peluang kedua!

Siapa dekat sini pernah terserempak dengan bekas kekasih apabila keluar bersama kawan-kawan atau dengan kekasih baru? Korang mesti rasa nervous kan? 

Haa, mungkin itu yang dirasakan oleh Ana apabila dia dapat tahu bos di tempat kerja barunya merupakan bekas kekasihnya iaitu Saka. Perghh, bayangkan nak kena hadap ex setiap hari…

Untuk pengetahuan, drama siri Mantan Tapi Menikah ini merupakan sebuah drama siri adaptasi daripada novel dan Wattpad terkenal yang mempunyai lebih daripada 9.2 juta pembaca tau! Wow, kalau dah ramai pembaca ni, confirm plot dia menarik! 

Drama ini mengisahkan tentang Ana, yang masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya Saka, dan pertemuan mereka berdua adalah tidak dijangka!

Setelah mencari pelbagai kerja baru, akhirnya Ana berjaya diterima oleh sebuah syarikat dan di syarikat inilah menjadi titik permulaan pertemuan semula Ana dan Saka. Fuhh, kalau dua hati dah sejiwa, akan ada jalan juga untuk dipertemukan, betul tak?

Lebih mengejutkan, Saka pun masih lagi menyimpan perasaan terhadap Ana tau. Haa, itu membuatkan Ana rasa menyesal dengan perbuatannya sebelum ini. 

Korang rasa adakah Saka akan buat sesuatu untuk menangkan hati Ana? Atau adakah Ana akan akur dengan nasib percintaan mereka? Kalau nak tahu, jom tengok Mantan Tapi Menikah di Viu sekarang!

Tonton Lebih Banyak Siri Percintaan Di Viu!

Walawei, 2 drama yang kami cadangkan ni bukan biasa-biasa ya. Boleh mengundang emosi bercampur! Jadi, korang jangan lupa untuk tonton kedua-dua drama ini di platform penstriman Viu tau!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas