Connect with us

Oh! Media

Tampil Dengan Imej Bertanjak, Keunikan Yang Dibawakan Team Esport Oh! Media

Umum

Tampil Dengan Imej Bertanjak, Keunikan Yang Dibawakan Team Esport Oh! Media

ADVERTISEMENT

SEREMBAN – Jumaat lalu merupakan detik yang bersejarah buat Oh! Media  apabila dengan secara rasminya telah memperkenalkan pasukan esports yang digelar sebagai Oh Media Gaming (OMG) Esports. Acara dihadiri oleh semua pemain yang dipilih serta pihak penaja bertempat di Oh! Media Gaming, Seremban 2.

Selepas mengorak langkah dalam pembangunan gaming studio yang dinamakan Oh! Media Gaming, akhirnya Oh! Media telah membuka ruang kepada para pemain profesioanl di Malaysia untuk bersama-sama Oh! Media dalam memperhebatkan lagi e-Sport di Malaysia. Selepas disenarai pendek, akhirnya 6 pemain telah dipilih untuk berada di bawah penjenamaan ini antaranya terdiri daripada OHMEDIA | YAYAKM, OHMEDIA | KORORO, OHMEDIA | ILYAS, OHMEDIA | ADLI dan OHMEDIA | E.JAMBU sebagai pemain FIFA manakala OHMEDIA | YOKE pula sebagai pemain profesional Pro Evolution Soccer (PES). Pasukan ini secara rasmi dinamakan sebagai OMG atau OMG Esports.

Motif utama OMG Esports diwujudkan bukan sahaja untuk menyerikan lagi industri e-Sport di Malaysia, tetapi Ohmedia sangat berminat untuk mencungkil dan mengangkat lebih ramai lagi bakat tempatan untuk lebih menyerlah sehingga ke peringat antarabangsa di dalam trend e-Sport yang semakin popular di seluruh dunia ketika ini.

Untuk makluman, Oh! Media juga meyediakan pusat latihan bagi memastikan segala strategi permainan dapat diterapkan disepanjang mereka berada di dalam pasukan ini. Lebih menarik lagi, pemain OMG Esports akan tampil dengan kelainan luar biasa di mana mereka akan membawa imej Pahlawan Melayu dengan bertanjak ketika bertanding sekaligus mengembalikan semula semangat pahlawan dan jati diri bangsa Melayu. Tanjak yang dipilih ini digelar sebagai ‘Naga Berlabuh’.

Dari kiri OHMEDIA | YAYAKM, OHMEDIA | YOKE, OHMEDIA | KORORO, OHMEDIA | E.JAMBU, OHMEDIA | ILYAS, OHMEDIA | ADLI

Setinggi penghargaan kepada Hausboom, Tanah Melayu, Kraxken dan juga Oh Media Sdn Bhd selagu penaja untuk merealisasikan impian ini.

Hausboom merupakan sebuah jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi apabila sangat dikenali sebagai penghilang dahaga yang begitu popular untuk orang muda. Air ini merupakan bukti kejayaan anak muda di Malaysia dalam membangunkan produk mereka bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Anda boleh dapatkan minuman Hausboom ini di 7-Eleven, Petronas, myNEWS.com dan Aeon.

Tanah Melayu adalah pihak yang membantu kami untuk merealisasikan impian agar OMG Esports dapat membawa imej yang unik dan bermakna terutamanya untuk rujukan anak-anak muda di Malaysia. Tanjak dipilih kerana kami percaya ianya adalah imej yang menggambarkan kehebatan pahlawan dan bangsa Melayu pada suatu masa dahulu. Tanah Melayu juga merupakan pengeluar bagi banyak rekaan Tshirt yang memfokuskan kepada jati diri Melayu. Ikuti mereka di Instagram untuk lihat sendiri.

Kraxken Esports juga merupakan sebuah syarikat anak muda Malaysia yang begitu aktif dalam membangunkan industri eSport di Malaysia dengan memfokuskan kepada rekaan jersey para pemain eSport di Malaysia. Hubungi mereka jika anda ingin jersey yang menarik macam yang kami pakai tu ya?

Akhir kalam, semoga dengan kehadiran OMG eSports dapat disambut dengan baik oleh semua pengamal dan peminat eSport di Malaysia. Jangan lupa nantikan kehadiran “Naga Berlabuh” di setiap kejohanan berprestij samaada di dalam atau di luar negara.

OMG FOREVA!




+Baca respon pembaca di Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas