Connect with us

Oh! Media

Nur Sajat Nafi Nama Sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

sg02 191218 mahkamah bn201812146364jpg

Umum

Nur Sajat Nafi Nama Sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

Sejak sekian lama, identiti sebenar Nur Sajat menjadi bualan ramai. Ramai yang mengatakan Nur Sajat adalah lelaki dengan banyak bukti namun Nur Sajat sentiasa menidakkan tuduhan itu seperti memaparkan dirinya yang datang bulan, mempunyai teman lelaki, dan teringin untuk mengandung.

Kes mahkamah Nur Sajat baru-baru ini atas tuduhan gagal membayar GST nyata membuatkan netizen berasa lega kerana persoalan mereka terjawab dengan bukti yang sangat kukuh. Laporan akhbar terkemuka melaporkan tentang kes Nur Sajat dengan mengeluarkan secara rasmi seperti yang dinyatakan pihak mahkamah tentang nama sebenarnya Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang didapati bersalah ke atas tuduhan  gagal membayar cukai GST.

Sajat yang mengaku bersalah didenda RM2,700 atau 6 bulan penjara. Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur akhirnya mahkamah sendiri yang menyelesaikan tanda-tanya ini tanpa motif walaupun sebelum ini dilihat JAKIM sekalipun gagal menyelesaikan persoalan yang menjadi buah mulut netizen.

IKLAN

Bagaimanapun, hari ini Nur Sajat mengeluarkan kenyataan bahawa nama beliau bukanlah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman seperti yang tertulis di dokumen mahkamah sebaliknya memberitahu nama sebenarnya adalah Sajjad Kamaruzzaman sahaja (tiada Muhammad).

+ Baca respon pembaca di Facebook.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas