Connect with us

Nubia Lancarkan RedMagic 5S Dengan Skrin 144Hz!

Umum

Nubia Lancarkan RedMagic 5S Dengan Skrin 144Hz!

Baru-baru ini, Nubia telah melancarkan satu lagi smartphone gaming terbaru mereka di pasaran China iaitu Nubia RedMagic 5s guys. Ada tak kaki gamers yang meminati dengan smartphone gaming dari Nubia dekat sini? Bagi Ohmedia, spec yang ditawarkan pada kesemua smartphone Nubia sebelum ni sangat menarik spesifikasinya dengan harga yang taklah mahal sangat.

Nubia redMagic 5s ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.65 inci AMOLED bersama 144Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Qualcomm Snapdragon 865 dengan memori sehingga 16GB RAM dan storage sehingga 256GB. Bateri yang ditawarkan pada smartphone ini berkapasiti 4,500mAh bersama 55W fast-charging menggunakan USB Type-C yang membolehkan smartphone ni kembali penuh baterinya tak sampai sejam pun..

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan trikamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel makro dan kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Ia didatangkan dengan dua pilihan warna untuk korang pilih sama ada Silver ataupun gandingan warna merah dan biru.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone gaming terbaru dari Nubia di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top