Connect with us

Oh! Media

Norshila Tidak Mahu Anak-Anak Tumpang Popularitinya Untuk Naikkan Nama

Copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2b 2png

Umum

Norshila Tidak Mahu Anak-Anak Tumpang Popularitinya Untuk Naikkan Nama

Norshila, penyanyi terkenal pada era 1980-an yang popular dengan lagu Aku Sudah Jatuh Cinta dikurniakan empat orang cahaya mata yang mempunyai bakat menyanyi yang sama dengannya. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak?

Keempat-empat anaknya mempunyai minat yang mendalam untuk mencipta lagu dan bermain muzik. Hasil dari pemerhatian Ohmedia juga, dapat dilihat anak-anak Noshila ni memang rajin memuat naik klip video bermain muzik di Youtube. Norshila nampak kesungguhan anaknya dalam bidang ini, tetapi beliau tidak mahu anaknya menumpang namanya sebagai senior artis dan lebih suka keempat-empat anaknya usaha untuk menaikkan nama sendiri. Bagus la macam tu kan?

Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anaknya, Norshila sedia bekerjasama dengan anak-anaknya untuk membuat single terbaru yang berjudul “Lari”.

IKLAN

Single berjudul “Lari” itu diharapkan dapat menjadi lagu latar untuk pertandingan sukan kerana lagu tersebut dibuat dengan unsur motivasi. Dengan klip video lagu tersebut, diharapkan Norshila dapat bergiat aktif kembali dalam bidang seni. Lagipun sekarang ni Norshila akan mengambil bahagian dalam program realiti Gegar Vaganza 6. Orang kata, ini adalah satu batu loncatan untuk Norshila kembali menaikkan namanya dalam bidang seni seperti zaman muda-mudanya dulu. Jadi korang yang rindukan persembahan Norshila ni, kenalah layan GV6 nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas