Connect with us

Oh! Media

Pernah Curi-Curi Guna Makmal Universiti 4 Tahun Lalu, Kini Terhasilnya Jenama Norah

Umum

Pernah Curi-Curi Guna Makmal Universiti 4 Tahun Lalu, Kini Terhasilnya Jenama Norah

ADVERTISEMENT

Setelah kisah kejayaan pelajar Universiti Malaya dipaparkan oleh Oh! Media menjadi viral pada bulan lalu, ramai yang tertanya-tanya sebenarnya produk yang Noorain ni usahakan sehingga mampu menjana jutaan ringgit.

Oh Media sekali lagi rasa terpanggil untuk mengupas kisah beliau. Produk yang dijual oleh Noorain ini rupa-rupanya produk buang bulu iaitu Norah @organichairremoval. Oh jadi ini la produk buang bulu yang sedang trending sekarang. Oh Media ingatkan, Norah ni nama orang, rupa-rupanya Norah ni ialah jenama produk. Tak sangka pula dari curi-curi guna makmal universiti terhasilnya Norah. Oh Media ada bertanya Noorain sendiri, kenapa beliau memilih untuk keluarkan produk buang bulu berbanding produk lain? Jawapan Noorain mudah sahaja, beliau nak selesaikan masalah pengguna daripada shaving kepada kaedah yang lebih bagus iaitu waxing. Lagipun kata Noorain, masyarakat Malaysia sinonim dengan stigma perempuan berbulu lebat ni nafsunya kuat. Kaum hawa cuba komen sikit?

Iyelah kan, kalau korang sedar, lepas korang shaving, tak sampai 3 hari bulu dah tumbuh semula. Dengan Norah, guna 3 minggu pun bulu masih belum tumbuh lagi, kalau tumbuh pun dijamin makin halus dan jarang. Shaving juga menyebabkan pengguna berhadapan dengan kerengsaan kulit dan juga masalah lain seperti kepedihan, jangkitan, dan luka. Patutlah Noorain terfikir untuk perkenalkan Norah ni, banyak rupanya kebaikan waxing berbanding shaving.

Dengan memperkenalkan Norah kepada pengguna, masalah ramai gadis dan wanita Malaysia dapat diselesaikan. Bagi yang belum mengetahui, kesemua produk yang dikeluarkan Norah bersumberkan organik yang sememangnya sangat dekat di hati pengguna terutamanya kaum wanita. Untuk menjamin kualiti produk pula, Noorain sangat menitikberatkan kualiti bahan yang digunakan. Apa yang menariknya dengan Norah ni ialah, Norah begitu yakin dengan produknya hingga menawarkan jaminan ‘1 to 1 guarantee’ kepada penggunanya beserta layanan yang first class. Tidak hairanlah di #reviewnorahorganichairremoval di Instagram @organichairremoval telah mendapat lebih 15,000 perkongsian daripada pengguna setianya termasuklah menjadi pilihan ramai selebriti terkenal tempatan misalnya Nazim Othman, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Oh Media juga sempat tanya Noorain apa azam Norah pada tahun 2017. Jawab Noorain dia nak tahun depan, Norah kekalkan statusnya sebagai jenama wax No. 1 di Malaysia sejak tahun 2013 dan mensasarkan RM15 juta pada tahun hadapan disamping penambahan 8 lagi produk baru. Selain itu, Norah juga berazam untuk mempunyai pengedar besar di setiap Bandar di Malaysia. Memandangkan Norah kini telah mempunyai pengedar tunggal di South Carolina (Amerika) , Noorain berharap Amerika menjadi lubuk emas kepada perniagaan beliau. Mana tau Kim Kardashian pun nak guna Norah jugak kan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas