Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Jawab Kenapa Makanan Di Kopi & XOXO Mahal

Umum

Nora Danish Jawab Kenapa Makanan Di Kopi & XOXO Mahal

Ramai yang sedia maklum Nora Danish memiliki sebuah kafe di Bangsar hasil gabungan tenaga bersama kenalannya. Oh Media sendiri pernah sekali pergi sana semata-mata nak mencuba The Gorpis (Goreng Pisang Cheese) jer sebenarnya bukan nak jumpa Nora Danish pun. Hehe!

ADVERTISEMENT

Berikut antara gambar yang sempat Ohmedia snap.

Baru-baru ini kafe pelakon cantik ini dikritik ramai pelanggan yang mengatakan harga di kafe tersebut mahal. Nora Danish menyifatkan harga yang disediakan di Kopi & Xoxo adalah berpatutan dengan lokasinya (di Bangsar) selain bahan yang digunakan mereka juga berkualiti tinggi.

“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi. Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,” katanya kepada mStar Online selain menyatakan keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana usia perniagaan yang baru mula bertapak.

Nora juga menegaskan yang mereka bukan nak mengejar untung semata-mata kerana perniagaan tersebut dilakukan untuk suka-suka sahaja.

“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” katanya.

Pada Ohmedia, harga di kafe Nora Danish ini memang betul sepadan dengan mana-mana restoran yang berada di dalam kawasan tersebut. Mana ada yang murah kalau dah area Jalan Kurau dan Jalan Telawi, Bangsar ni kan?

Mahal dia tak adalah sampai tak masuk akal. Mungkin yang banyak komplen ni datang situ bawa RM5 aje kot lepas tu nak makan sedap-sedap. Memang tak dapat nak tolong la cerita dia jack….

Tapi secara peribadi, Ohmedia rasa tarikan utama kedai ni bukan sebab Nora Danish, Nedim, Betty Rahmad, atau siapa-siapa pun kat situ, tapi sebab kat Kopi XOXO ni ada The Gorpis yang membuatkan kami rasa nak datang lagi bila ada masa terluang nanti. Sedap betul Goreng Pisang Cheese mereka ada pelbagai rasa.

Tentang servis, serius Nora Danish weh hang kena tambah pekerja sebab servis memang lambat dan tak mesra. Maklumlah ramai pelanggan. Pekerja hang nak mesra-mesra dengan geng-geng artis yang datang je kami tengok. Baik letak signboard besar-besar “Hanya artis boleh makan di sini”. Rasa nak terbalikkan meja pun ada. Haha! Lepas tu bila pelanggan datang dan tak ada meja kosong, patut layan pelanggan tu minta dia tunggu sekejap ke apa. Ini terpinga-pinga orang tu kami tengok sikit-sikit undur ke belakang dan blah.

Apapun ianya tetap sebuah kafe yang menarik untuk chillax bersama teman-teman yang semua harus cuba!

+ Baca  respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas