Connect with us

Oh! Media

Nikah: Wali (Bapa) Tidak Dapat Ditemui

Umum

Nikah: Wali (Bapa) Tidak Dapat Ditemui

ADVERTISEMENT
Soalan:
Jika terdapat abang atau adik lelaki atau bapa saudara, bolehkah mereka menjadi wali walaupun yakin dan pasti bahawa wali (bapa) masih hidup tetapi tidak tahu di mana?
Jawapan: 
Tidak boleh. Ini berdasarkan kepada seperti dalam kaedah fiqh yang masyhur:
الْيَقِيْنُ لاَ يَزُولُ بِالشَّكِّ
Keyakinan tidak boleh digugat dengan syak.
Justeru, dicadangkan supaya hendaklah diwar-warkan sama ada di media atau sebaran am untuk menjejaki wali tersebut melalui kenalan, kerabat, jiran dan lain-lain lagi. Seterusnya dikemukakan kes tersebut kepada mahkamah syariah supaya hakim dapat memutuskan penyelesaian terbaik dalam kes seperti ini.
Suka dijelaskan berkenaan isu wali ghaib (hilang), jika sekiranya terdapat ramai wali, dan wali yang paling hampir berada dua marhalah atau lebih daripada pengantin, maka hak perwalian tidak berpindah kepada wali berikutnya, tetapi ia berpindah kepada sultan. Ini adalah pandangan mazhab Syafie.
Ini memandangkan hak perwalian masih kekal pada wali ghaib yang terhampir. Apabila dia tidak dapat melaksanakannya, maka hak perwalian tersebut digantikan oleh hakim. Namun, jika wali yang terhampir kurang dua marhalah, maka sultan tidak boleh melaksanakan perkahwinan itu kecuali dengan izinnya. Hal ini disebabkan jarak perjalanan yang singkat dan wali itu boleh dirujuk sama ada hadir sendiri atau mewakilkannya, samalah seperti wali itu bermukim.
Apabila wali tiada, maka hak perwalian berpindah kepada qadi, kerana dia dilantik untuk melaksanakan kepentingan orang Islam. Mewalikan perkahwinan perempuan yang ketiadaan wali merupakan maslahat yang wajib disempurnakan.
Wallahu ‘alam. 

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas