Connect with us

Oh! Media

Mayat Terbiar Reput, Ini Kisah Rumah Paling Menyeramkan Di Tanjung Karang

Umum

Mayat Terbiar Reput, Ini Kisah Rumah Paling Menyeramkan Di Tanjung Karang

Ohmedia agak terkejut bila tengok gambar yang tular di media sosial baru-baru ini. Mana taknya, ada mayat gais dalam rumah terbiar dan tidak berpenghuni yang terletak di Batu 10 Tanjung Karang tu. Siap ada orang tinggalkan nota minta uruskan mayat dekat peti surat tau.

ADVERTISEMENT

Menurut @azrulnaim777 di Twitter, rumah tu sebenarnya milik arwah Cikgu Jumbri yang sudah lama meninggal dunia. Jadi, tu bukan mayat Cikgu Jumbri ya gais. Fahamkan cerita ni dulu. Kalau korang nak tahu cerita penuh, boleh baca thread dekat bawah ni.

“Orang batu 10 mesti tahu rumah ni dengan sejarah rumah tu kan”

Sumber: @azrulnaim777

Ohmedia ingatkan tweet ni kisah misteri rumah terbiar di Batu 10 Tanjung Karang, Kuala Selangor. Bila tengah scroll tengok gambar yang dimuatnaik oleh @azrulnaim, pergh! Terkejut Ohmedia weh. Agak-agak mayat siapa lah tu kan? Hmm. Innalillahiwainnalillahirojiun.

“Tu bukan mayat Cikgu Jumbri”

Sumber: @azrulnaim777
Ya gais, tu bukan mayat Cikgu Jumbri. Tu mayat orang lain. Dekat nota yang ditinggalkan dekat peti surat tu tulis untuk uruskan rangka manusia dalam rumah arwah Cikgu Jumbri, bukan urus mayat Cikgu Jumbri. Jangan salah faham okay?

“Orang yang menyewa rumah tu tak lama”

Sumber: @azrulnaim777

Agak-agak kenapa ya setiap penyewa tak duduk lama dekat rumah tu? Menurut @azrulnaim777 di Twitter, harga rumah sewa Cikgu Jumbri di Batu 10 Tanjung Karang, Selangor adalah RM50 untuk setiap bulan.

“Dah dapat tau lah maybe kena ganggu kot”

Sumber: @azrulnaim777

Ohmedia rasa semua penyewa rumah tu kena ganggu. Mungkin sebab tu diorang tak tahan kot nak duduk dalam rumah tu. Hmm scary juga kan. Korang boleh bayangkan tak duduk dalam rumah tu selepas apa yang terjadi? Tetapi seeloknya kalau rumah tu buat doa selamat dan ‘memagar’ rumah tu. Betul tak gais?

“Ada benda seram selalu muncul”

Sumber: @azrulnaim777
Sumber: @azrulnaim777

Ohmedia agak pelik juga dengan orang yang tulis nota tu. Kenapalah dia tak memaklumkan kepada orang yang duduk di kawasan tu kan? Hmm. Apapun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

OHMEDIA: AGAK-AGAK DAH BERAPA LAMA MAYAT TU DEKAT DALAM RUMAH TU KAN?

Sumber: @azrulnaim777

+ Baca respon pembaca terkejut melihat mayat terbiar di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas