Connect with us

Oh! Media

Netizen Terkesan Dengan Kisah Seorang Anak Perempuan Memeluk Islam Dengan Keizinan Bapanya

Umum

Netizen Terkesan Dengan Kisah Seorang Anak Perempuan Memeluk Islam Dengan Keizinan Bapanya

Kini telah tersebar mengenai kisah seorang anak yang dikenali Jinghan Naan telah membuat posting yang mana berkongsi kata-kata indah daripada bapanya yang menyokong tindakan anaknya memeluk Islam dan apa yang lebih mengharukan ialah kata-kata bapanya itu sangat menyentuh hati.

ADVERTISEMENT

Ikuti kisah selanjutnya yang dikongsi oleh Jinghan Naan:

Minggu lepas papa meminta saya belikan sesuatu untuknya dari Carousell. Saya berjaya berhubung dengan penjual tersebut dan kemudian memberikan alamat kepada papa untuk mengambil barang itu.

Apabila sampai, si penjual (seorang lelaki Melayu) keliru kerana dia menjangkakan pembeli adalah orang Melayu.

“Awak Cina? Saya ingatkan awak orang Melayu!”

“Tak la, itu anak perempuan saya”.

“Tapi anak awak bertudung. Awak Cina Muslim ke?”

“Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia dah masuk Islam”. (Papa masih tak faham apa itu Muslim dan Islam)

“Waaa! Awak benarkan dia tukar agama? Kenapa tak halang dia?”

“Saya tak pernah halang, saya sokong!”

“Waaa, awak ni bagus lah, kenapa awak sokong?”

Papa berasa pelik ketika menceritakan kembali perbualan itu kepada saya. Dia bertanya kepada saya “Kenapa orang terkejut apabila mereka tahu saya membenarkan kamu menukar agama?”

Kerana papa sangat rare la!Kebanyakan ibu bapa tidak akan benarkan. Sebenarnya pa, kenapa awak benarkan saya bertukar agama?

Ini jawapan dari papa Jinghan Naan yang menyentuh hati. (Asalnya dalam bahasa Mandarin tetapi Jinghan telah ‘translate’)

“Kerana saya faham akan erti kehidupan”

“Kerana saya mengerti apa yang dimaksudkan untuk mencari kebahagiaan.

“ Apakah maksud kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan.

“Setiap orang berbeza dalam mencari kebahagiaan. Ada yang mencari kebahagiaan dalam bentuk kekayaan, kekeluargaan dan agama”.

“Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk melihat anak-anak kita bahagia. Setiap agama mengajar perkara baik.

“Sekiranya kamu memberitahu saya bahawa agama Islam ini membuatkan kamu gembira, maka mengapa saya harus menghalang kamu?”

Kadang-kadang saya rasa papa saya ni seorang yang begitu ‘simple’. Namun, begitu mendalam. Dia tidak kisah apa orang sekeliling kata padanya.

Mungkin ramai yang ada pemikiran macam papa saya, namun apa yang membezakan adalah papa benar-benarkan maksudkan apa yang dikatakan.

Dia selalu buat apa yang dia kata. Dia tidak kisah pada pandangan masyarakat atau ahli keluarga lain fikir tentangnya dan lebih-lebih lagi sekarang ini saya tak boleh lagi makan bersama BBQ kegemarannya.

Apa yang penting dia mahu saya bahagia.

Semoga penghijrahan Jinghan Naan ini terus berkekalan dan beristiqamah dalam melayari kemanisan bergelar umat Islam dan mudah-mudahan hidayah dari Allah ini akan sampai kepada yang lain juga. Insya Allah

Sumber: Jinghan Naan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas