Connect with us

Oh! Media

Netflix Kurangkan Kualiti Penstriman Sepanjang PKP

Umum

Netflix Kurangkan Kualiti Penstriman Sepanjang PKP

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ramai yang tengok cerita-cerita best dekat Netflix untuk hilangkan bosan kan? Lagipun dekat situ ada banyak cerita-ceita yang best yang boleh kita tonton bersama seisi keluarga untuk mengisi kekosongan masa kita. Disebabkan itu, Netflix telah mengesahkan yang mereka akan mengurangkan kualiti penstriman di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Ianya akan bermula 1 April sama seperti mana yang Netflix buat di Eropah minggu lalu. Mereka akan mengurangkan jalur lebar sebanyak 25% sehingga penghujung April bagi mengurangkan beban ke atas infrastruktur Internet negara kita sepanjang tempoh Perintah Kawalan Gerakan dan ianya juga secara sukarela dilakukan tanpa kerajaan meminta.

Semua orang masih boleh menstrim dengan resolusi 4K, tetapi dengan bit yang lebih rendah. Kepada sesiapa yang masih ingin melihat cerita-cerita di Netflix dengan resolusi yang pallng tinggi boleh memuat turunnya dulu sebelum menonton.

Sumber : Amanz

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas