Connect with us

Oh! Media

Nelydia Senrose Nikah Hari Ini?

Umum

Nelydia Senrose Nikah Hari Ini?

Pelakon Nelydia Senrose semalam ada membuat satu perkongsian di Instagram miliknya dengan memberi bayangan bahawa akan berlangsung hari pernikahannya bersama seorang jejaka pilihan hati hari ini.

ADVERTISEMENT

Nik Zaris Nelydia Nik Sen, berkongsi satu gambar bersama seorang jejaka tanpa menunjukkan muka dengan tulisan ‘Saya akan bertemu kamu di hari nikah esok’, bagaikan menjawab persoalan mengenai hari bahagianya dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai Hafiz.

Nelydia sebelum ini turut berkongsi gambar cincin di laman Twitternya, sekali gus memberi bayangan dia sudah dilamar ahli perniagaan itu, tahun lalu.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Nelydia hadir bersama Hafiz ketika meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza pada awal tahun ini.

Nelydia sebelum ini, memaklumkan dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga selepas kembali dari menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Disember lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas