Connect with us

Oh! Media

Neelofa Bakal Dinikahi Sultan?

unnamed2b1jpg

Umum

Neelofa Bakal Dinikahi Sultan?

KUALA LUMPUR: Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa.

Ketika dihubungi Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar.

“Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Neelofa sewaktu dihubungi Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

IKLAN

Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini.

Sumber : Astro Awani

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas