Trending
Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM2.33 Juta Daripada BIMB Dan Bawal Ekslusif
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.33 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad (RM1.33 juta) dan Bawal Eksklusif (RM1 juta) dalam satu majlis di Masjid Bandar Bukit Raja, hari ini.
Menurut laporan Bernama, Baginda turut menerima sumbangan wakaf tunai korporat bernilai RM50,000 masing-masing daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Raja

Dalam majlis yang sama, Sultan Sharafuddin berkenan merasmikan Masjid Bandar Bukit Raja yang dibina dengan kos RM11.9 juta.
Masjid ini menerapkan rekaan terbuka dan mesra hijau yang boleh menampung seramai 1,850 jemaah dalam satu masa. Ia siap dibina pada 1 Disember 2021 dan mula beroperasi pada 4 April 2022.
Sumbangan hari raya kepada asnaf

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM229,000 kepada 458 asnaf daripada golongan fakir, miskin dan mualaf di daerah Klang. Setiap penerima menerima RM500.
#ApaKataOhmedia
Amalan berzakat dan berwakaf bukan sahaja membantu golongan memerlukan tetapi juga menjadi pelaburan akhirat.
Semoga lebih banyak syarikat dan individu menyumbang demi kesejahteraan masyarakat!

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM