Connect with us

Oh! Media

Nazrief Nazri Buat Kejutan Nikahi Model Hijab, Tak Kecoh Sana Sini

Umum

Nazrief Nazri Buat Kejutan Nikahi Model Hijab, Tak Kecoh Sana Sini

Baguslah macam ni kan, tak payah nak bergosip sana sini. Tahu-tahu dah selamat disatukan. Ohmedia cakap ni pasal seorang pelakon lelaki yang popular dengan drama Cemburu Seorang Perempuan iaitu, Nazrief Nazri yang telah sah bergelar suami kepada seorang model hijab, Aizatul Aqma Hamdan petang semalam.

ADVERTISEMENT

Dengan mas kahwin sebanyak Rm60 dan duit hantaran sebanyak RM15,000, mereka berdua selamat disatukan dengan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama – Kata Nazrief kepada Harian Metro.

Menurut pelakon lelaki itu lagi, dia telah menghantar rombongan merisik kepada pasangannya pada 30 Jun yang lalu dan terus merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Majlis pernikahan Nazreif ini memang amat mengejutkan, terutama kepada peminatnya kerana ddia y tidak menguar-uarkan berita gembira ini. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada Nazreif dan pasangan. Semoga kekal ke anak cucu cicit hendaknya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas