Connect with us

Oh! Media

Nasi Putih Dimakan Bersama ‘Air Sirap Bandung’ dan Ayam Goreng Kunyit?

Umum

Nasi Putih Dimakan Bersama ‘Air Sirap Bandung’ dan Ayam Goreng Kunyit?

Korang pernah makan nasi lauk ayam goreng kunyit, sayur dan kuah air sirap bandung tak? Digaul pula bersama nasi dan pastinya ramai orang tertanya-tanya betul ke itu kuah atau air. Trend makanan ini pernah viral suatu ketika dulu.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang, kuah yang bewarna merah jambu itu sebenarnya adalah kuah gulai masak lemak dan gambar makanan dan minuman, termasuk gerai yang menjual sajian itu berwarna merah jambu telah tular di media sosial.

Malah, pinggan dan sudu yang digunakan pelanggan untuk menjamu selera di premis tersebut juga turut berwarna sama.

Pengusaha gerai makan yang terletak di medan selera Jalan Duta di Kuala Lumpur itu tampil menjelaskan bahawa gulai lemak merah jambu itu sebenarnya adalah masakan sayur bayam dicampur dengan ubi keledek.

“Air masakan sayur bayam sebenarnya berwarna merah. Warna merah jambu itu terhasil bila lemak santan yang berwarna putih dicampurkan dengan air merah sayur bayam,” kata Yus Amina Mohd Zawizah kepada mStar Online.

Menurut anak kelahiran Kelantan ini, menu yang diperkenalkan adalah hidangan sarapan pagi iaitu nasi lemak bersama air di mana nasinya berwarna merah jambu.

Tambahnya, nasi berlaukkan ayam goreng kunyit bersama sayur bayam gulai masak lemak merah jambu pula untuk sajian tengah hari. Jadi, korang dah cuba belum? Bolehlah pergi cuba sendiri ya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas