Connect with us

Oh! Media

Nas Daily Mohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia

Umum

Nas Daily Mohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia

Jika korang selalu mengikuti video-video yang dikeluarkan dari Nas Daily, korang pasti mengetahui satu video mengenai sikap pemanduan rakyat Singapura yang dipuji oleh Nas terbaik di dunia. Setelah hebat diperkatakan, Nas telah mengeluarkan satu posting terbaru di facebook yang hanya boleh dilihat oleh penduduk di Malaysia sahaja.

ADVERTISEMENT

Menerusi penulisan Nas ini, ia telah cuba untuk menjelaskan bagi setiap video yang dirakamkan sepanjang di Singapura. Nas juga menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk memburukkan rakyat Malaysia. Nas hanya beranggapan bahawa setiap benda yang dilihat dan didengarinya adalah satu info yang ‘unik’ untuk dikongsikan kepada dunia. Nas menafikan yang ia terlibat dengan pihak luar untuk menjatuhkan imej Malaysia.

Bagaimanapun, masih muncul tanda tanya mengenai mengapa Nas hanya mengehadkan penulisan ini hanya untuk penduduk di Malaysia sedangkan video terbabit dapat dilihat seluruh dunia?

Oh! Media: Walaubagaimanapun, kami tetap suka melihat pengisian-pengisian yang cuba dipamerkan oleh Nas Daily selama ini dan harap perkara seperti ini tidak berulang. Sekarang Nas berada di China. Jadi, adakah korang akan terus mengikuti perjalanan Nas selepas ini?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas