Connect with us

Oh! Media

Napoli Berjaya Mengikat Liverpool Di Anfield

Umum

Napoli Berjaya Mengikat Liverpool Di Anfield

Napoli berjaya mengikat Liverpool 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Anfield. Napoli yang kini berada di kedudukan ketujuh liga Itali berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi ayam tambatan mereka Dries Mertens pada minit ke 21 dengan satu rembatan deras untuk menewaskan Allison.

ADVERTISEMENT


Walaubagaimanapun asakan bertali arus Liverpool pada separuh masa kedua membuahkan hasil setelah berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 65 hasil tandukan pemain pertahanan Dejan Lovren. Keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat dan Liverpool perlu memastikan kemenangan ke atas Salzburg pada 11 Disember ini untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika menentang Napoli pada awal pagi tadi dan mengakui kesilapan pemain sehingga Napoli berjaya menjaringkan gol. Liverpool kini kekal sebagai pendahulu kumpulan E dengan 10 mata manakala Napoli di tempat kedua dengan 9 mata.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas