Connect with us

Oh! Media

Nama Yang Diberikan Tiada Kaitan Dengan Buah-buahan

Img 20180905 190647jpg

Umum

Nama Yang Diberikan Tiada Kaitan Dengan Buah-buahan

“Kami tidak kisah nama anak seperti nama buah kerana ia diberi oleh datuk saya yang mungkin mempunyai sebab tertentu,” kata Abi Amin Mahayadin, 40.

MyKid dua anaknya yang tertera dengan nama Muhammad Dhury Yan, 6, dan Nur Rambutt’an, setahun lima bulan mula tular sejak bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai.

“Datuk terlalu mahu memberi nama kepada cucu cicitnya termasuk anak kami, demi menghormatinya kami hanya mengikut saja nama yang diberikan kerana dikatakan mempunyai maksud tersendiri.

IKLAN

Katanya, nama yang diberi juga tiada kaitan dengan buah kegemaran datuknya itu atau pun sesiapa sebaliknya percaya nama yang diberikan mempunyai maksud tersirat memandangkan ejaan yang diberikan berbeza dengan ejaan nama buah itu sendiri.

Dalam pada itu, Abi Amin berkata, sejak gambar MyKid anaknya itu tersebar, mereka tidak terlepas menerima kecaman masyarakat.

“Kami terkejut dan tidak sangka apabila mendapati gambar MyKid anak tersebar di media sosial Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

“Kami harap orang ramai tidak perlu lagi mempertikaikan nama anak kami dan menghormati nama yang diberikan demi masa depan mereka.” katanya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas