Connect with us

Oh! Media

Nama Mat Redho Dicadang Oleh Syed Saddiq

Umum

Nama Mat Redho Dicadang Oleh Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang mencalonkan atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mohd Redha, 30 yang menjuarai Liga Cabaran Ninja 2018 di Perth, Australia, Isnin lepas mengalahkan Jake Murray dari Amerika Syarikat dan peserta tuan rumah Cameron D’Silva yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

“Apabila nama Mat Redho dibawa perhatian tiga minggu lepas oleh rakan-rakan netizen mengenainya, saya telah meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengambil maklum untuk membantu beliau.

“Tahniah Mat Redho atas kejayaan dalam Ninja Challenge League 2018. Saya di sini sendiri ingin mencalonkan saudara Mat Redho sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018. Congrats bro! You are an inspiration to many Malaysians! (Tahniah saudara! Anda menjadi inspirasi bagi ramai rakyat Malaysia) ”katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas