Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Failkan Saman Terhadap Peguam Negara, KP SPRM dan Amar Singh

Oh! Negara

Najib Razak Failkan Saman Terhadap Peguam Negara, KP SPRM dan Amar Singh

Berikutan dengan  siasatan 1MDB yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Jomersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

ADVERTISEMENT

Najib selaku pemohon memfailkan tiga saman pemula ex-parte (sebelah pihak) secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Jun lepas menerusi Tetuan Badrul Samad Faik & Co, bagi memohon deklarasi bahawa pembabitan ketiga-tiga individu itu selaku responden dalam penyiasatan 1MDB adalah tidak sah dan memprejudiskannya selain memohon kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah.

Najib mendakwa Thomas, semasa belum dilantik sebagai Peguam Negara, telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Grand Larceny in 1MDB’ pada Julai 2016 dan merumuskan bahawa wang dimasukkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri ketika itu adalah wang 1MDB.

Najib mendakwa, pendirian Thomas melalui artikel itu jelas tidak menyukainya dan melahirkan kebimbangannya bahawa Thomas akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan terhadapnya dengan apa alasan sekalipun selain mendakwa Thomas tidak sepatutnya terlibat dalam siasatan 1MDB.

Bagi saman terhadap Mohd Shukri pula, Najib, yang juga bekas presiden UMNO mendakwa Mohd Shukri telah membuat sidang media berhubung SRC International Sdn Bhd sebaik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan merumuskan bekas perdana menteri itu menerima sejumlah RM42 juta dan RM2.6 bilion sedangkan ketika itu beliau (Najib) belum dipanggil memberi keterangan di SPRM.

Dalam samannya terhadap Amar Singh, Anggota Parlimen Pekan itu mendakwa serbuan yang dilakukan Amar Singh bersama pasukannya di beberapa premis milik beliau termasuk premis didiami anak-anaknya di Pavilion Residence serta premis yang dipinjam daripada seorang rakan untuk menempatkan barangan yang dipindahkan dari kediaman rasmi di Seri Perdana tidak memenuhi Prosedur Standard Operasi (SOP).

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas