Connect with us

Oh! Media

Najib Bidas Kenyataan Tony Pua

Oh! Negara

Najib Bidas Kenyataan Tony Pua

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini meneruskan tugasnya untuk membidas segala gerak geri kerajaan terbaru.

ADVERTISEMENT

 Terkini ia berkenaan isu Tony Pua yang berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing termasuk Grab sebagai alternatif kepada bas perantara sedia ada untuk pengguna MRT.

“Mengapa perlu sediakan bas perantara kalau kita boleh bekerjasama dengan Grab untuk menghantar dan mengambil penumpang ke stesen MRT?” soalnya.

Lantas dari itu Datuk Seri Najib mempersoalkan kembali dengan berkata jika hanya kerajaan mengambil pendekatan berjimat, di manakah peluang rakyat pula untuk berbuat demikian juga.

Lama tak dengar cerita Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua.

“Tiba-tiba beliau muncul dengan cadangan bernas suruh rakyat naik Grab ganti Feeder Bus MRT. Jimat katanya,” katanya dalam status Facebooknya.

“Kalau semua benda nak jimat untuk kerajaan, bilanya rakyat dapat jimat? Oh mungkin bila projek kereta nasional ketiga dah jalan,” bidas Najib.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas