Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Masih Belum Dapat Bukti Isu Hak Cipta Lagu Sumpah Dayana

Untitled2bdesign2b252872529png

Umum

Naim Daniel Masih Belum Dapat Bukti Isu Hak Cipta Lagu Sumpah Dayana

Baru-baru ini, seperti mana yang semua tahu Dayana Amerda, bekas kekasih Naim Daniel menuntut hak cipta lagu Sumpah yang dinyanyikan Naim Daniel. Dayana mahu Naim membuat pengakuan sendiri dan bersikap jujur lagu Sumpah adalah hasil ciptaan Naim bersama Dayana. Pada hari Rabu yang lepas, Dayana membuat sidang media dan memberi tempoh seminggu untuk Naim membuat pengakuan.


BACA : Bekas Kekasih Naim Daniel Tuntut Hak Cipta Bersama Lagu Sumpah

Selepas Dayana membuat sidang media, syarikat pengurusan Naim, World Peace (WP) Entertainment Sdn Bhd mahu Dayana sendiri menunjukkan bukti melalui emel yang lagu Sumpah itu adalah hasil ciptaan mereka bersama. Tapi sampai ke hari ini, WP Entertainment Sdn Bhd dikatakan masih belum menerima apa-apa bukti melalui emel daripada pihak Dayana berkaitan isu hak cipta lagu Sumpah.

IKLAN


BACA : Naim Daniel Mahu Bukti Hak Cipta Lagu Sumpah, Keluarga Bekas Kekasih Tersinggung

WP Entertainment juga mengatakan yang setakat ini, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil mereka. Sekiranya Dayana ada menunjukkan bukti, barulah tindakan lain akan diambil. Pihak mereka akan membuat sidang media mengenai isu hak cipta lagu Sumpah sempena pelancaran single terbaru Naim Daniel bersama Man Kidal, Sembah tak lama lagi.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Naim Daniel masih belum dapat bukti di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas